Selasa, 21 Julai 2009

Solat Sunat Gerhana


22 Julai – Bersempena dengan gerhana matahari separa yang berlaku pada hari ini, pihak sekolah telah mengadakan solat sunat gerhana. Solat sunat tersebut didirikan pada jam 9.15 minit pagi dan diimamkan oleh Ustaz Amir Solahuddin, sementara khutbah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Bumidin Tahir, beliau menekankan dalam khutbahnya tentang kekuasaan Allah dalam mentadbir dan menjadikan sesuatu di muka bumi ini. Dalam majlis tersebut juga , Ustaz Hairil Othman telah menerangkan secara ringkas bagaimana fenomena gerhana matahari boleh berlaku. Kejadian gerhana kali ini berlaku berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini gerhana penuh hanya berlaku dibebarapa tempat antaranya China dan India.

1 ulasan:

  1. Salam..mungkin blog SERI boleh diserikan lagi dengan chatbox. senang bekas pelajar berinteraksi. lagipun SERI dah ada wireless skarang, lgi mudah..;)

    BalasPadam