Ahad, 30 Oktober 2011

Info Hari Raya Eid-Adha

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Khamis, 27 Oktober 2011

Tahniah Shoutul Ummah meraih Johan

Alhamdulillah. Kumpulan nasyid Shoutul Ummah telah berjaya meraih tempat pertama di dalam pertandingan nasyid yang dijalankan di Sekolah Izzuddin Ipoh, Perak. Dengan kemenangan ini, maka ia akan menjadi kenangan manis buat murid-murid tahun 6 2011 SERI Al-Ummah sepanjang kitaran hidup mereka. Link

Sekalung tahniah juga buat guru-guru yang melatih mereka, Cikgu Siti Fatimatul dan juga Cikgu Robiatul Aishah, yang bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan ini. Mereka telah diberi cuti tambahan sehari selepas perayaan Diwali yang lalu bagi menghargai usaha mereka itu.

Kemenangan ini juga bererti kemenangan untuk SERI Al-Ummah keseluruhannya. Selamat maju jaya SERI Al-Ummah di dunia dan akhirat!

Saksikan Persembahan Shoutul Ummah

Khamis, 20 Oktober 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 telah bermula!


Pada 17 hb Oktober 2011 yang lalu, bermulanya hari yang mendebarkan bagi seluruh warga SERI Al-Ummah, Ulu Chepor, kerana berlangsungnya Peperiksaan Akhir Tahun 2011, yang akan menguji kefahaman dan kebijaksaan murid-murid SERI Al-Ummah berdasarkan apa yang telah diajarkan oleh guru-guru mereka. Guru-guru juga turut berdebar memikirkan nasib murid-murid di bawah kelolaan mereka. Semuanya berdebar, termasuklah pihak pentadbiran.

Sebenarnya inilah dinamakan 'Gelombang Pendidikan dan Pengajaran' yang akan melanda semua sekolah dan IPT. Setiap keputusan yang diperolehi akan memberi kesan kepada seluruh institusi pendidikan terutama sekolah itu sendiri.

Dilema yang sering melanda guru-guru adalah kesediaan murid-murid mendengar, belajar, memahami di samping timbul rasa hormat kepada guru-guru mereka. Jika belajar sahaja, tetapi soal akhlak tidak diambil berat, itu akan menimbulkan kesan yang serius ke atas pihak-pihak yang terlibat termasuk ibubapa. Segalanya ini akan mempengaruhi status sekolah dan keputusan peperiksaan yang bakal keluar nanti.

Peperiksaan ini bermula dari 17 hb - 21 hb Oktober 2011. Harapan dan doa kami kepada seluruh warga SERI Al-Ummah dari Pra-Sekolah hinggalah Tahun 6, selamat berjaya di dunia dan di akhirat sana!

Kebijaksaan anda menjawab soalan yang diberi akan mempengaruhi masa depan anda!