Ahad, 31 Oktober 2010

Apa aktiviti bulan November 2010 SERI Al-Ummah?



Antara aktiviti yang dijadualkan berlangsung di SERI Al-Ummah adalah :

1) Pendaftaran Tahun 1 (Pra) : 1-4 Nov 2010

2) Mesyuarat Guru Besar : 4-6 Nov 2010 -> SERI Sg Ramal, Kajang, Selangor.

3) Pendaftaran Tahun 1 & Pra sesi 2011 - 7 Nov 2010

4) HAMAS & IHTIFAL : 20 Nov 2010

5) Pertandingan Nasyid Mukmin di Melaka : 27 Nov 2010

6) Majlis Konvokesyen Tahun 6 : 28 Nov 2010

Itulah antara aktiviti dan peristiwa yang dijangka akan dijalankan, insyaAllah. Akan di'update' kemudian untuk sebarang aktiviti tambahan.

Wassalam.

Khamis, 14 Oktober 2010

Sumbangan Pembangunan SERI Al-Ummah Chepor


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami pihak sekolah dengan rasa rendah diri memohon sumbangan ikhlas anda demi untuk menambahkan lagi bangunan sekolah bagi menampung keperluan dan penambahan pelajar yang kian ramai.

Projek ini adalah bagi memulakan pembinaan Bangunan 6 Bilik Darjah. Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman bolehlah mewakafkan sumbangan dalam apa jua bentuk seperti bahan-bahan binaan atau wang tunai kepada pihak sekolah ini atau hubungi Ustaz Ja'affar bin Darus, Setiausaha Wakaf Pembinaan di nombor 012-6390637 atau terus menelefon ke mudir sekolah, Ustaz Fadzil bin Zakaria di nombor 012-5377824.

Boleh juga pihak yang berminat menyumbangkan terus ke dalam akaun sekolah :



SRAR AL-UMMAH

0816-0000018-10-8

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD


Semoga sumbangan dan amal jariah tuan-tuan dan puan-puan menjadi saham akhirat untuk diri dan keluarga demi mencapai mardhotillah di dunia dan akhirat.

“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan Adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup. Serta mendustakan pahala terbaik, Maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.” QS. Al Lail [92]:5-11)


Semoga Allah meluaskan rezekiNya kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi mewakafkan harta di jalan Allah ini.

Sekian, jazakallahukhairan kathira.

Rabu, 13 Oktober 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2010




Berikut adalah jadual peperiksaan akhir tahun 2010 bagi Tahun 1 hingga Tahun 5 SERI Al-Ummah. (klik gambar untuk besarkan)





Kami mendoakan agar semua pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini.

Harapan kepada ibubapa / penjaga, bersama kita menggembleng tenaga untuk memastikan anak-anak kita ini memperolehi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Jangan biar mereka terkapai-kapai seorang diri, bantulah mereka demi kebahagiaan kita bersama. InsyaAllah, orang yang berusaha pasti berjaya.


"Ke arah Pembentukan Insan Soleh"