Khamis, 30 Januari 2014

Perjumpaan Kali Pertama Kelab dan Persatuan

Petang tadi telah diadakan pertemuan kali pertama kelab dan persatuan Bahasa Melayu, Matematik & Sains Tilawah, Nasyid, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Khat. Perjumpaan ini bagi melantik ahli jawatan kuasa.









Latihan Takraw Wakil Sekolah





Latihan Imla' (ejaan arab) Wakil Sekolah



Rabu, 29 Januari 2014

Latihan Mendeklamasi Sajak Wakil Sekolah




Telah bermula latihan Bola Sepak, Catur dan Merentas desa

Persiapan wakil sekolah untuk pertandingan pada bulan 2 dan bulan 3












Amalan Harian tahun 5 dan 6

Bacaan Yassin, Hizb Bahr, Al-Ma'thurat dan Solat Sunat Dhuha dijadikan amalan murid-murid terutama bagi tahun 5 dan 6 sebagai salah satu bentuk latihan amali dan persediaan dalam menghadapi 2 peperiksaan besar iaitu UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) dan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Semoga dengan pemantauan ibubapa di rumah maka dapat ia menjadi amalan istiqomah sehingga ke akhir hayat mereka semua




Isnin, 27 Januari 2014

Cabaran Baru

Cabaran besar menanti guru tahap 1 kerana bermula sesi 2014 kelas di asingkan mengikut jantina. Cabaran besar ialah mengajar kelas murid lelaki kerana sifat murid lelaki yang lebih agresif berbanding murid perempuan seperti mana semua sedia maklum. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan guru-guru sepanjang tahun. Insyaallah.

Rancangan Mengajar

بسم الله الرحمن الرحيم 
Kita mulakan pagi kita dengan merancang pengajaran agar lebih berkesan dan baik.


Perhatian kepada Ibu Bapa Seri

Mohon kerjasama ibubapa yang menghantar anak ke sekolah agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan petak kuning agar lalulintas tidak terganggu ketika waktu puncak. Harap maklum.

Al fatihah

Sedekahkanlah alfatihah kepada bapa seorang anak murid di satu amanah yang meninggal dunia akibat kemalangan pada hari jumaat lepas. kita akan buat kutipan derma pada hari selasa (28/1/2014). Bagi guru-guru yang berkelapangan bolehlah ziarah. Maaf agak lewat juga perkara ini dimaklumkan kerana dapat maklumat pada petang jumaat. Mari kita bersama doakan kesejahteraan keluarga dan roh arwah dicucuri rahmat.

Membaca Jambatan Ilmu


Pasukan Ping pong Sekolah Mula Berlatih

pemain pingpong Seri al-Ummah 2014 giat berlatih sebelum tournament 12/2/201







Formula 5A - Bengkel Menjawab Soalan UPSR


Program persediaan murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR. Murid tahun 6 didedahkan dengan teknik menjawab soalan UPSR. Program ini telah berlangsung pada 26 Januari 2014 di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Izzudin Syah. Semoga dengan pendedahan awal tahun ini akan memberi ruang untuk murid tahun 6 bersedia lebih awal.



Program Kursus Pengawas

Kursus pengawas yang berlangsung pada 25 Januari 2014 bertempat di dewan sekolah Seri. Program bagi memantapkan lagi kepimpinan Pengawas sekolah.