Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Selasa, 18 September 2012

JAMUAN AIDILFITRI 2012/1433




Jamuan Aidilfitri ini diadakan sebagai meraikan keluarga besar Seri Al-Ummah dalam menyokong dan mendokong segala usaha dalam membangunkan sekolah. Ia diadakan pada 14 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433. Antara pengisian program ini ialah solat Maghrib dan Isya' berjemaah, ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Majid b. Abu Bakar An Nadwi (Mudir Ma'had Tarbiah Islamiah Derang, Kedah) dan jamuan aidilfitri diadakan selepas solat Isya'. Program ini berakhir pada jam 10.30 malam.


Azan Maghrib dilaungkan


 Al Fadhil Ustaz Abdul Majid b. Abu Bakar An Nadwi sedang memberikan ceramah.



Para jemaah sedang tekun mendengar ceramah yang disampaikan.


Guru-guru sedang sibuk menyediakan juadah untuk dinikmati oleh para tetamu.


Antara juadah yang terhidang.


Juadah sedang dinikmati di kantin sekolah

Ahad, 4 September 2011

Bermaafanlah sesama kita...

Pada hari yang sama, satu lagi majlis diadakan iaitu majlis bermaafan antara guru-guru dan murid. Islam menganjurkan umatnya saling bermaafan bagi menghapuskan kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan sengaja atau tidak sengaja sepanjang persahabatan kita dengan seseorang.