Ahad, 23 Januari 2011

KONVOKESYEN KALI PERTAMA SERI AL-UMMAH. Tahniah!!!





Buat julung kalinya SERI AL-UMMAH CHEMOR telah berjaya mengadakan Konvokesyen bagi menyampaikan sijil dan penghargaan kepada murid-murid tahun 6 yang telah bertungkus lumus selama ini belajar dan menghayati konsep 'Insan Soleh' yang ingin dilahirkan oleh sekolah. Tahun 6 tersebut adalah kumpulan yang telah berjaya cemerlang memperolehi 5A 'straight' dalam UPSR 2010 yang lalu. Tahniah buat mereka dan juga buat pihak SERI Al-Ummah.

Kepada kumpulan yang tidak mendapat 5A dalam UPSR, janganlah bersedih kerana, apa yang penting adalah kejayaan diri untuk menjadi insan yang berjaya bukan setakat di dunia, malah terutama sekali di akhirat sana. SERI Al-Ummah bukanlah semata-mata sekolah yang berperanan melahirkan individu yang berilmu, tetapi lebih daripada itu ia berperanan dalam melahirkan insan beriman dan bertaqwa yakni SOLEH.

Oleh itu, semoga dengan keputusan yang diperolehi di SERI Al-Ummah ini, bakal menjadikan murid-murid ini lebih terkehadapan dalam perjuangan mencari redha Allah S.W.T. dalam apa jua lapangan yang bakal diceburi.

...bersambung