Selasa, 26 Julai 2011

Karnival IT Bersama KPERAK

Pada 30 Julai 2011, Sabtu bersamaan 28 Syaaban 1432H, pihak sekolah akan menerima kunjungan terhormat daripada pihak KPERAK yang beribupejabat di PTTC Meru Raya Ipoh.


Kunjungan mereka adalah sebahagian daripada projek Pembestarian Sekolah Agama Rakyat di seluruh negeri Perak. KPERAK akan menyumbangkan sejumlah unit komputer kepada pihak sekolah sebagai satu wadah untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran IT dan ICT di kalangan murid dan guru sekolah.

Melalui i-Smart yang akan diperkenalkan nanti, murid-murid khususnya tahun 5 dan 6 akan dapat mempelajari subjek-subjek terpilih online.

Program ini menjadikan SERI Al-Ummah sebagai sekolah agama perintis bagi projek Pembestarian KPERAK. Adalah menjadi satu kebanggaan kepada SERI Al-Ummah Chemor ini apabila pembangunan sektor IT di dalamnya mendapat sokongan padu kerajaan. Terima kasih kepada KPERAK atas perhatian yang tinggi kepada SERI Al-Ummah.

Alhamdulillah....

artikel berkaitan :

Isnin, 11 Julai 2011

NASYID IHTIFAL SRAR ZON SELATAN


3 JUN- Pada hari ahad yang lalu bersempena dengan Ihtifal Nasyid Zon Selatan Perak, pihak sekolah telah menghantar sebuah kumpulan nasyid sekolah yang diberi nama Shoutul Ummah. Pertandingan nasyid ini telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sultan Yussof, Batu Gajah.

Kumpulan nasyid sekolah SERI Al Ummah telah berjaya mendapat johan dari 9 buah sekolah.Ini merupakan kumpulan nasyid yang berjaya mendapat johan tiga kali berturut-turut pada tahun 2011 ini. Tahniah diucapkan pada kumpulan nasyid sekolah ini dan guru yang terlibat dengan nasyid kerana tidak jemu berlatih sehingga berjaya.






Wajah-wajah kegembiraan kumpulan nasyid Soutul Ummah saat kemenangan