Khamis, 26 Februari 2015

Tahniah Pasukan Bola Sepak Seri

Seri Al Ummah Chemor menempa kejayaan dan menjadi pasukan seratus peratus menutup aurat yg amat digeruni di Kinta Utara.


Johan Bolasepak Bawah 12 Tahun MSSD Kinta Utara

Tangan emas yang menjadikan Seri Al Ummah Chemor Johan Bolasepak Bawah 12 Tahun MSSD Kinta Utara dalam penentuan penalti menewaskan SK Jati 3-2. Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan kami. Jutaan terima kasih kepada jurulatih yang berhempas pulas membawa kepada kejayaan ini iaitu En Awie Nawawie
 — at Sk Seri Kelebang


Arkitek serta watak penting kejayaan Seri Al Ummah Chemor dalam Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon A MSSD Kinta Utara ialah sokongan dan dokongan CEO Haji Nasir Kamarudin, Guru Besar Ust Mohd Fadzil Zakaria, guru-guru dan ibubapa. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.











Pusingan Kedua Bola Sepak

Here we go again. Pusingan kedua akan bermula sebentar lagi menentang SK Syed Idrus. Doakan kejayaan kami.

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan dengan SK Syed Idrus. Terima kasih di atas berkat doa semua Seri Al Ummah Chemor menang dengan jaringan 2-0.

Saat jaringan dilakukan oleh Afiq Arill ketika menentang SK Jelapang yang membawa kepada kemenangan 1-0 seterusnya membawa Seri Al Ummah Chemor ke perlawanan akhir Zon A. Terima kasih atas doa semua dan teruskan doa untuk pasukan bolasepak sekolah









Rabu, 25 Februari 2015

Perlawanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon A

Perlawanan menentang SK(J) Klebang. Seri Al Ummah Chemor menang 2-0



Bak kata pepatah 'bola itu bulat'. Perlawanan menentang SK Seri Klebang,Seri Al Ummah Chemor tewas 0-1. Sebelum ini SK Seri Klebang seri dengan SK Klebang Jaya yang mana SK Klebang Jaya telah tewas kepada Seri Al Ummah dengan jaringan 3-1. Seri Al Ummah berjaya ke peringkat seterusnya dengan perbezaan gol dengan SK Seri Klebang. Doakan kami berjaya pada peringkat seterusnya.




Perlawanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon A

Walaupun sibuk dengan pertandingan, perintah Allah SWT tidak diabaikan. Solat Zohor telah diazankan oleh Muhammad Hanafi. Tiada apa yang lebih penting dari memenuhi kehendak Yang Maha Esa.



Perlawanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon A

Alhamdulillah. Kemenangan 3-1 keatas Sk Klebang Jaya.






Perlawanan Seri Al Ummah Chemor dengan SK Haji Mahmud berakhir dengan seri 0-0. Tiada rezeki untuk menang walaupun peluang menjaringkan gol berganda.






Perlawanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon A

Here we go again. Perlawanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon A sedang berlangsung di SK Seri Klebang. Jadual perlawanan dilewatkan 1 jam atas sebab teknikal. Doakan kejayaan Seri Al Ummah Chemor.


Perlawanan dengan Sk Klebang Jaya akan berlangsung jam 10.30 pagi. Doakan kejayaan untuk Seri Al Ummah Chemor.






Tahniah kepada yang terpilih mewakili pasukan Nasyid sekolah pada tahun ini

Tahniah kepada yang terpilih mewakili pasukan Nasyid sekolah pada tahun ini

IHTIFAL YTP 2015:

IHTIFAL YTP 2015:
acara-acara yang di pertandingkan
1.Renang
2.Ping Pong
3.OlahRaga
4.Memanah
5.Catur
6.Bola Tampar
7.Bola Sepak
8.Bola Jaring
9.Badminton
10.Sepak Takraw
11.Futsal
12. Taekwondo

Isnin, 23 Februari 2015

Latihan pagi pasukan olahraga

Latihan pagi pasukan olahraga. Masa 100 meter dan 200 meter anak-anak bertambah baik. Dahulu 16 saat kini 14 saat. Target 12 saat atau 13 saat. 200 meter 25 saat atau 26 saat. InsyaAllah










Wakil Chess sekolah giat berlatih

Wakil Chess sekolah giat berlatih

Pasukan lontar peluru giat berlatih

Pasukan lontar peluru giat berlatih