Selasa, 21 Julai 2009

Solat Sunat Gerhana


22 Julai – Bersempena dengan gerhana matahari separa yang berlaku pada hari ini, pihak sekolah telah mengadakan solat sunat gerhana. Solat sunat tersebut didirikan pada jam 9.15 minit pagi dan diimamkan oleh Ustaz Amir Solahuddin, sementara khutbah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Bumidin Tahir, beliau menekankan dalam khutbahnya tentang kekuasaan Allah dalam mentadbir dan menjadikan sesuatu di muka bumi ini. Dalam majlis tersebut juga , Ustaz Hairil Othman telah menerangkan secara ringkas bagaimana fenomena gerhana matahari boleh berlaku. Kejadian gerhana kali ini berlaku berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini gerhana penuh hanya berlaku dibebarapa tempat antaranya China dan India.

Ahad, 12 Julai 2009

Makluman Ujian Percubaan

Ujian percubaan untuk pelajar tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) akan diadakan pada 14 – 16 Julai 21-23 Julai. Sementara Ujian percubaan UPSR akan diadakan pada 14-16 Julai.

Guru-guru hadir Seminar dan Muktamar

Ahad, 19 Rejab: Guru-guru SERI telah menghadiri Seminar Memperkasa Bahasa Melayu dalam pendidikan semasa yang dianjurkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Perak. Seminar tersebut berlangsung di Dewan utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri. 2 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI telah membicarakan tajuk, Bahasa Melayu sebagai wadah ilmu dan komunikasi praktik: hakikat, cabaran dan halatuju. Sementara Tuan Hj. Ahmad Mohamad Said, Naib Presiden kanan Kolej Darul Hikmah pula membicarakan tajuk, PPSMI: Isu dan Penyelasaian.
Seminar yang bermula jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.00 tengahari, kehadiran seminar sekitar 150 orang. Sementara itu pada sebelah petang telah berlangsung Muktamar Sanawi ABIM negeri Perak di tempat yang sama. Turut hadir mewakili ABIM pusat ialah Dr. Amran Mohamad selaku Setiausaha Agung Pusat. Muktamar berakhir Kira-kira jam 5.00 petang.