Ahad, 19 Rejab: Guru-guru SERI telah menghadiri Seminar Memperkasa Bahasa Melayu dalam pendidikan semasa yang dianjurkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Perak. Seminar tersebut berlangsung di Dewan utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri. 2 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI telah membicarakan tajuk, Bahasa Melayu sebagai wadah ilmu dan komunikasi praktik: hakikat, cabaran dan halatuju. Sementara Tuan Hj. Ahmad Mohamad Said, Naib Presiden kanan Kolej Darul Hikmah pula membicarakan tajuk, PPSMI: Isu dan Penyelasaian.
Seminar yang bermula jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.00 tengahari, kehadiran seminar sekitar 150 orang. Sementara itu pada sebelah petang telah berlangsung Muktamar Sanawi ABIM negeri Perak di tempat yang sama. Turut hadir mewakili ABIM pusat ialah Dr. Amran Mohamad selaku Setiausaha Agung Pusat. Muktamar berakhir Kira-kira jam 5.00 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan