Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012







“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.
Semalam telah berlangsung sambutan Hari Guru Peringkat sekolah. Pelbagai acara telah disediakan bagi meraikan semua guru-guru. Ini adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang soleh dan berketrampilan baik disisi masyarakat. 
Mengucapkan terima kasih sangat dianjurkan oleh hadis di atas manakala memberi hadiah dianjurkan oleh hadis berikut yang bermaksud: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai (kerana Allah).” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]
Pelbagai bentuk hadiah yang diterima oleh guru-guru sempena hari yang bermakna ini. Walaubagaimanapun hadiah yang paling berharga bagi seorang guru ialah melihat anak didiknya berjaya dunia dan akhirat. 


Perutusan Hari Guru dari Ustaz Mohd Fadzil Zakaria

Ucapan CEO Tuan Haji Mohd Nasir Kamaruddin

Persembahan Nasyid dari Soutul Ummah


Mr Muhammadiah Lim membuat persembahan tarian HAKA yang terkenal di New Zealand yang dipopularkan oleh pasukan ragbi All Blacks


Persembahan Sajak dari Ustaz Amirul Mukminin. Beliau merupakan lepasan dari Seri Al Ummah dan kini berkhidmat di Seri Al Ummah.

Pertandingan menghias guru lelaki oleh murid-murid




Pertunjukan Taekwando