Selasa, 4 Ogos 2009

Ruj Kami : BIL (129) / PENT /23 / 2009
Tarikh : 6 Syaaban 1430
28 Julai 2009 ‏‏


Kepada,
Ibubapa /Penjaga,
Murid SERI Al-Ummah.

Assalamualaikum wr.wbt.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 2

Semoga Tuan / Puan sentiasa di dalam ketenangan di bawah lindungan Allah S.W.T hendaknya.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan / Puan bahawa Ujian Pertengahan Penggal 2 akan diadakan pada 10 – 13 Ogos 2009.

3. Pihak sekolah mengharapkan tuan/puan dapat membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran dan memastikan kehadiran mereka pada hari ujian berlangsung beserta alat-alat tulis.

4. Bersama ini dilampirkan jadual Ujian Pertengahan Penggal 2.

5. Semoga kerjasama dari yang diberikan akan menghasilkan kejayaan kepada anak-anak yang dikasihi. Kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairon kathiro.

Sekian, wassalam.

Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………..
(MOHD. FADZIL B. ZAKARIA)
Guru Besar,
SERI Al-Ummah

SK
1.Pengerusi BAKA SERI Al-Ummah
2. Pengerusi Jemaah Pengurusan SERI Al-Ummah
3. Fail Guru Kanan Akademik

2 ulasan:

  1. sy berminat nak menghantar anak ke sek ini,memandangkanwebsite tidak berupadate saya mengharapkan tuan dapat memberi maklumat tentang syarat kemasukkan dan yuran bagi prasekolah.Kerjasama tuan saya dahului dengan jutaan terimakasih.

    emel saya ktb@telokbakong.com

    BalasPadam
  2. insyaallah maklumat kami akan masukkan selepas ini, untuk memudahkan pihak tuan sila hubungi kami ditalian 05-2014924. terima kasih

    BalasPadam