Jumaat, 1 November 2013

KEM TAHFIZ DAN SMART IBADAH SERI ALUMMAH 2013 (18-22 November)

PENGENALAN
Program ini diadakan untuk mengisi masa lapang anak-anak ketika cuti sekolah. Dalam keadaan dunia sekarang ini terlalu banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberikan impak kepada anak-anak. Modul khas ini diharapkan dapat mengisi masa anak-anak di dalam kelompok yang terkawal disamping memberi dan menyediakan mereka dengan kekuatan untuk menempuhi alam dewasa nanti. 

Matlamat & objektif
- Mengisi masa cuti sekolah dengan mempelajari ilmu agama dan bersosial sesama kawan-kawan seprogram di dalam satu kelompok terkawal yang berunsurkan islam. 

- Mentarbiahkan anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan.

-  Mengajar kaedah / teknik menghafal surah-surah terpilih yang sering dibaca pada setiap waktu sembahyang. 

MODUL KURSUS

Modul 1 
- Kemahiran membaca al-quran
 - Kaedah menghafaz 
 - Asas Ilmu Tajwid
- Menghafaz surah pendek (Surah An-Nas - Ad Dhuha) 

 Modul 2
- Kemahiran membaca al-quran
- Asas Ilmu Tajwid 
- Menghafaz surah pilihan (Surah Yasin, Sajadah, Al-Waqiah, Ar-Rahman) 

 Modul 3 
 - Kemahiran membaca al-quran
- Asas Ilmu Tajwid
- Menghafaz juzu' pilihan juz 30
- Kaedah taranum & asas taranum ( tingkatan Lagu bayati )

Modul Lain
-  Asas-asas fardhu ain 
- Modul Bonus 
- Team Building Dalaman
- LDK Motivational Talk 
- Team Building Luaran Riadah     
- Program luaran - lapangan

  KELOMPOK SASARAN
- Untuk pelajar berumur 7 hingga 12 tahun. 

Terbuka kepada semua yang berminat untuk mengisi program yang berfaedah ketika cuti sekolah; 

Terbuka untuk pelajar sek.Men /Ren Keb/Agama 

Terbuka kepada pelajar yang tidak boleh dan kurang mahir dalam membaca al-quran (kelas khas akan diadakan bagi peserta ini) 

TENAGA PENGAJAR
- Tenaga-tenaga pengajar adalah mereka yang mempunyai pengalaman dalam kursus/kem dan pembimbing terdiri pendidik yang berpengalaman Penceramah jemputan khas dari Jabatan Agama @ NGO

 YURAN PENYERTAAN/PENDAFTARAN
 RM 100.00 untuk seorang pelajar 
(Yuran daftar/ Yuran makan/Kertas kerja program)

Tarikh tutup & bayaran kursus program hendaklah dijelaskan sebelum 17hb Nov 2013 (12.30 tengahari) 

Pendaftaran program bolehlah di buat di pejabat sekolah.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
1. Ustaz Amir- 017-4472393
2. Cik Ainun- 0194459097

Tiada ulasan:

Catat Ulasan