Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu ’Alaihi Wasallam bersabda
: مَن رمى العدُوَّ بسَهمٍ فبلغَ سَهمُه العدوَّ أصابَ أو أخطأَ فعدلُ رَقَبةٍ “
Barangsiapa yang menembak satu panah kepada musuh baik kena atau tidak kena, pahalanya setara dengan memerdekakan budak“ (HR. Ibnu Majah)
Pemanah yang baik adalah dari kalangan mereka yang mempunyai tangan, pinggang dan kaki yang baik. Sebenarnya, dalam memanah postur badan kita memainkan peranan penting. Postur bentuk badan yang mana perut tidak melebihi dada adalah postur yang terbaik, samada dalam memanah, seni beladiri atau sebarang riadah untuk kesihatan jasmani.
Dalam memanah, konsep postur ini bertujuan untuk menambahkan kekuatan oksigen dalam darah. Darah akan menjadi lancar, otot menjadi kuat, proses penafsiran dan penaakulan maklumat di otak (talamus & hipotalamus) menjadi cerdas.
ANTARA KEBAIKAN MEMANAH DARI SUDUT KESIHATAN
- Mengelakkan berlakunya ateroma (pengerasan arteri) & Trombosis pada arteri.
- Menggalakan dan membaik pulih sistem endokrin dan sistem limfa. (Antibodi)
- Menambahkan baik fungsi libido
- Memperbaiki MM( Muscle Memory) pada otot cardio
- Menambah fungsi dan kestabilan Sereberum (Hemisfera kanan dan Kiri)
-Mencegah dari berlakunya masalah pada sistem vebtebrae (tulang belakang) terutamanya pada Cervical, Toracs, Lumbar,Sacrum dan Coccys (sulbi).
Kefahaman tentang sukan Sunnah ini AMAT PERLU selain daripada latihan bertalu-talu, dari sudut sejarahnya, mekanismenya pada jasmani dan rohani juga faedah-faedahnya. Setiap sesuatu yang diamalkan dengan ilmu akan memberi kepuasan kepada pengamalnya.
anak panah
memasang panahPemanah
macam kenal tempat ini!
Robin Hood Seri
Pemanah yang di gunakan adalah Mongolian Horse Bow berat 40 pound dan anak panah Gentian Kaca (fiberglass) yang tahan lama untuk aktiviti memanah luar. Jarak sasaran lebih kurang 100 Meter lebih bergantung kepada teknik memanah.
Terbaik!!
BalasPadam