Pada hari pertama sekitar pukul 5.30 petang, murid-murid bekerjasama memasang khemah yang turut dibantu oleh guru-guru. Setelah selesai, pada pukul 6.30 petang, murid - murid bersedia untuk solat Maghrib. Pada sebelah malamnya pula, murid-murid berkumpul di Pusat Sumber untuk bersama-sama menjayakan Malam Kebudayaan. Badan beruniform Puteri Islam dan Bridget Bakti telah membuat persembahan bagi memeriahkan lagi malam kebudayaan tersebut. Sementara itu, badan beruniform Pengakap berada di dalam surau untuk belajar membuat ikatan tali untuk mendapatkan pingat gangsa. Malam Kebudayaan berakhir pada pukul 10.00 malam.
Pada keesokan harinya pada pukul 4.30 pagi, murid-murid telah bersedia untuk berqiamullail yang diketuai oleh Ustaz Fadzil bin Hj Zakaria. Tepat pada pukul 7.30 pagi, murid-murid perempuan melakukan senaman dan murid-murid lelaki menjalankan aktiviti kawad kaki. Selepas bersarapan, kira-kira pukul 9.00 pagi, murid-murid bersedia untuk manjalankan aktiviti memasak. Setiap kumpulan dikehendaki memasak apa sahaja jenis masakan di mana bahan-bahan masakan telah disediakan oleh guru-guru. Aktiviti ini telah memperlihatkan sikap kerjasama sesama murid di samping dapat menonjolkan kreativiti masing-masing dalam aktiviti memasak.
Aktiviti memasak ini selesai pada pukul 12.00 tengahari. Semua murid-murid berkumpul di dalam kantin untuk menikmati hidangan tengahari yang dimasak oleh mereka sendiri. Semua murid begitu berselera ketika menikmati hidangan tengahari tersebut.
Pada pukul 1.00 tengahari, murid-murid bekerjasama menyimpan khemah dan bersedia untuk pulang. Sesungguhnya aktiviti perkhemahan ini dapat mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara murid-murid dan menjadikan mereka lebih berdikari. Diharapkan aktiviti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan