Isnin, 7 September 2015

Tokoh Pendidik Jamaah Negeri Perak Ustaz Mohamd Tarmizi Abdul Hamid.

Tokoh Pendidik Jamaah Negeri Perak 
Ustaz Mohamd Tarmizi Abdul Hamid.





1.Orang melayu dahulu tidak pergi ke sekolah tetapi berilmu. Bagaimana orang melayu berilmu mereka berguru, memilih guru dalam mencari ilmu.
2.Sekolah tanpa guru tiada makna tetapi guru tanpa sekolah, ilmu masih boleh di sampaikan.
3.Pendidikan adalah memanusiakan manusia, bukan memumtazkan maklumat.
4.Orang dahulu bukan bertanyakan dari universiti mana tetapi siapa gurunya seperti Imam Syafie selalu menyebut nama gurunya Imam Malik di dalam kitab-kitab karangan beliau.
5.Hari ini guru hanya dipaksa memperkasakan otak tetapi tidak memperkasakan watak.
Akhir sekali, guru yang berkhidmat di institusi ABIM bukan diberi 'gaji' tetapi 'bekalan' menjalani kehidupan kerana kalau namanya 'gaji' diberi berdasarkan kelayakan sebenar mereka sebagai seorang guru. ( Kata-kata ini disampaikan dengan nada yang sebak )
Intipati ucapan Yang Berbahagia Dato' Dr. Siddiq bin Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat sempena Sambutan Hari Guru Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan