Ahad, 1 Mac 2015

Program Perkongsian Pintar (3P) Zon Meru bagi murid tahun 6 Ijtihad

Program Perkongsian Pintar (3P) Zon Meru bagi murid tahun 6 Ijtihad di rumah adik Amirul Asyraf. Program yang dirangka bagi menyuntik semangat belajar sesama rakan sekelas melalui sesi perbincangan bagi menyelesaikan kerja khusus diberikan oleh guru subjek. Terima kasih kepada ibubapa Amirul Asyraf kerana sudi menjadi tuan rumah serta menyediakan juadah kepada anak-anak. Semoga usaha ini menjadi amal soleh yang berpanjangan kepada tuan rumah. Tidak lupa juga guru kelas Pn. Aini Izarina yang bertungkus lumus menyelaras bagi menjayakan program ini serta ibubapa Zon Meru yang terlibat. 6 Ijtihad BOLEH!!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan