Isnin, 23 April 2012

Sukan Tahunan SERI Al-Ummah kali ke 20



Sukan tahunan kali ke 20 2012 SERI Al-Ummah Perak baru saja berlalu. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan amat memberangsangkan sambutan yang diterima daripada ibubapa dan waris. Kali ini sukan tahunan dilaksanakan di padang Maahad Al-Ummah, Ulu Chepor dengan bantuan para sukarelawan Maahad Al-Ummah ada juga daripada pihak luar. Jazakallahukhairan kathira diucapkan kepada semua petugas.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Yayasan Takmir Pendidikan, Ybhg Tuan Haji Mahyuddin bin Ashaari. Turut hadir ialah Pengerusi BAKA SERI Al-Ummah, Ulu Chepor, Ybhg. Tuan Haji Kamaruddin bin Adam, Ketua Pegawai Eksekutif SERI Al-Ummah Ulu Chepor, Ybhg. Tuan Haji Nasir bin Kamarudin dan Guru Besar SERI Al-Ummah Ulu Chepor sendiri, Ybhg. Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzil bin Zakaria al-Hafiz.





Antara yang unik untuk sukan tahunan kali ini adalah slogan jihad yang dicipta masing-masing oleh rumah-rumah sukan.


Perbarisan masuk kontingen rumah sukan dimulakan dengan rumah kuning yang bertemakan “The ultimate kuning, The warriors never afraid”. Diketuai oleh Adik Mohd Syamim B. Mohd Shohaimi. Dengan kekuatan 33 orang peserta.






Diikuti pula oleh rumah hijau yang bertemakanحيا2 بالجهاد حيا2 بالنجاح  . kontigen rumah hijau ini diketuai oleh Mohd Anas Syahmi B. Mohd Abrar dengan kekuatan 51 orang peserta.




Seterusnya perarakkan masuk kontingen rumah merah dengan membawa tema “BIAR BERPELUH JANGAN MENGELUH”. Kontingen rumah merah pula diketuai oleh Ahmad Syazmin Azfar B. Ahmad Sharul Azhar dengan  kekuatan 57 orang peserta.




Seterusnya perarakan masuk kontigen dari rumah ungu yang bertemakan ”الروح الجديد“. Diketuai oleh Aizat B. Mohd Nasir dengan kekuatan seramai 40 org peserta.




Seterusnya perarakan masuk oleh kontingen dari rumah jingga, yang bertemakan الجهاد في سبيل الله. Kontigen rumah jingga diketuai oleh Mohd Azizi B. Almi dengan kekuatan seramai 65 orang peserta. Keunikan mereka adalah dengan kostum yang berkonsepkan harimau belang, membuatkan para hadirin agak terpegun dan terkesima.







Akhir sekali perarakan masuk kontingen dari rumah biru yang bertemakan من جد وجد ,kontigen dari rumah biru pula diketuai oleh Adik Abdul Hadi B. Syamsul Kamal dengan kekuatan seramai 33 orang peserta.






Setelah selesai perarakan masuk semua kontingen rumah sukan, majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Halim dari JAIPk.


Bacaan Doa oleh Ustaz Abdul Halim 


Seterusnya diserikan lagi dengan menyanyikan 4 buah lagu. Dimulakan dengan ASMA’ AL HUSNA, LAGU NEGARAKU, LAGU ABIM DAN LAGU SEKOLAH.




Para hadirin sedang menyanyikan lagu bersama-sama





Adik Ahmad Syazmin Azfar B. Ahmad Sharul Azhar selaku Ketua Murid Sekolah Rendah Islam  
Al-Ummah Chemor mengetuai bacaan ikrar. 




Penyampaian ucapan alu-aluan daripada Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzil bin Zakaria al-Hafiz
Guru Besar SERI Al-Ummah Chemor


Ucapan khas perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mahyuddin bin Ashaari
Ketua Pengarah Pendidikan Yayasan Takmir Pendidikan ABIM




Penyampaian hadiah kepada pemenang dalam sukantara oleh Ybhg. Tuan Haji Mahyuddin bin Ashaari.






Ketua Pengarah Pendidikan YTP menerima 
cenderahati daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan



Pengerusi BAKA SERI Al-Ummah turut menerima
 cenderahati tanda penghargaan




Antara acara yang dipertandingkan



Murid Pra Sekolah turut mengambil bahagian 
dalam pelbagai acara yang dipertandingkan




Majlis sukan tahunan ini dijalankan dalam suasana yang cukup memuaskan beserta dalam keadaan cuaca yang sangat baik. Diharapkan semoga SERI Al-Ummah Chemor akan terus menapak maju ke hadapan dalam melahirkan insan madani, soleh dan berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan. 

MAJULAH SERI AL-UMMAH!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan