Khamis, 30 Januari 2014
Perjumpaan Kali Pertama Kelab dan Persatuan
Petang tadi telah diadakan pertemuan kali pertama kelab dan persatuan Bahasa Melayu, Matematik & Sains Tilawah, Nasyid, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Khat. Perjumpaan ini bagi melantik ahli jawatan kuasa.
Rabu, 29 Januari 2014
Amalan Harian tahun 5 dan 6
Bacaan Yassin, Hizb Bahr, Al-Ma'thurat dan Solat Sunat Dhuha dijadikan amalan murid-murid terutama bagi tahun 5 dan 6 sebagai salah satu bentuk latihan amali dan persediaan dalam menghadapi 2 peperiksaan besar iaitu UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) dan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Semoga dengan pemantauan ibubapa di rumah maka dapat ia menjadi amalan istiqomah sehingga ke akhir hayat mereka semua
Isnin, 27 Januari 2014
Cabaran Baru
Cabaran besar menanti guru tahap 1 kerana bermula sesi 2014 kelas di asingkan mengikut jantina. Cabaran besar ialah mengajar kelas murid lelaki kerana sifat murid lelaki yang lebih agresif berbanding murid perempuan seperti mana semua sedia maklum. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan guru-guru sepanjang tahun. Insyaallah.
Rancangan Mengajar
بسم الله الرØمن الرØيم
Kita mulakan pagi kita dengan merancang pengajaran agar lebih berkesan dan baik.
Kita mulakan pagi kita dengan merancang pengajaran agar lebih berkesan dan baik.
Perhatian kepada Ibu Bapa Seri
Mohon kerjasama ibubapa yang menghantar anak ke sekolah agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan petak kuning agar lalulintas tidak terganggu ketika waktu puncak. Harap maklum.
Al fatihah
Sedekahkanlah alfatihah kepada bapa seorang anak murid di satu amanah yang meninggal dunia akibat kemalangan pada hari jumaat lepas. kita akan buat kutipan derma pada hari selasa (28/1/2014). Bagi guru-guru yang berkelapangan bolehlah ziarah. Maaf agak lewat juga perkara ini dimaklumkan kerana dapat maklumat pada petang jumaat. Mari kita bersama doakan kesejahteraan keluarga dan roh arwah dicucuri rahmat.
Formula 5A - Bengkel Menjawab Soalan UPSR
Program Kursus Pengawas
Kursus pengawas yang berlangsung pada 25 Januari 2014 bertempat di dewan sekolah Seri. Program bagi memantapkan lagi kepimpinan Pengawas sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)