Selasa, 6 April 2010

SUKAN TAHUNAN SERI AL UMMAH KALI KE 18




Tanggal 4 April 2010 telah berlangsung Sukan Tahunan SERI Al Ummah kali ke 18 di padang SERI Al Ummah. Sukan Tahunan telah dirasmikan oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) iaitu Ustaz Muhammad Razak Idris. Acara sukan yang berlangsung dengan gilang gemilang ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran ramai ibubapa bagi menyokong penglibatan anak-anak mereka di dalam acara yang di pertandingkan. Johan keseluruhan adalah rumah Ungu diikuti rumah Merah dan tempat ketiga Rumah Biru. Semoga Sukan Tahunan yang akan datang akan lebih meriah, ceria dan berjaya.


Guru Besar , Ust Mohd Fadzil memberi kata perangsang kepada peserta acara tarik tali.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan