Isnin, 17 Ogos 2009

Sekitar Forum Perdana

Forum Perdana Pendidikan Islam yang dianjurkan pada 15 ogos mendapat sambutan memuaskan dari ibu bapa yang hadir. Majlis dimulakan dengan solat hajat diikuti jamuan kenduri aqiqah dan solat isyak berjamaah, forum dilangsungkan tepat jam 9.20 malam dimulakan dengan persembahan nasyid dan disusuli dengan perbincangan topik pendidikan anak: cabaran dan penyelesaian yang dikupas dengan baik oleh 2 panel jemputan, AF Ustaz Mahyuddin Ashaari dan AF Ustaz Arip Saaya. Majlis tamat sekitar jam 11.30 malam. program tersebut turut mendapat kerjasama dari CELCOM.





















Rabu, 12 Ogos 2009

Forum Perdana

Forum Perdana
“ Pendidikan anak :
cabaran dan penyelesaian


Tarikh : 15 Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Sekolah Rendah Islam AL-UMMAH,
Ulu Chepor, Chemor.

Ahli Panel
Ustaz Haji Mahyuddin b. Ashaari
( Yayasan Takmir Pendidikan, ABIM)
: Ustaz Arip b. Saaya
( Pengetua , SMKA Azlan Shah, Bota)

Moderator
Ustaz Haji Mohamd Tarmizi b. Abdul Hamid
( Pengerusi Jamaah Pengurusan SERI Al-Ummah)


Muslimin Muslimat dijemput hadir

Selasa, 4 Ogos 2009

Ruj Kami : BIL (129) / PENT /23 / 2009
Tarikh : 6 Syaaban 1430
28 Julai 2009 ‏‏


Kepada,
Ibubapa /Penjaga,
Murid SERI Al-Ummah.

Assalamualaikum wr.wbt.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 2

Semoga Tuan / Puan sentiasa di dalam ketenangan di bawah lindungan Allah S.W.T hendaknya.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan / Puan bahawa Ujian Pertengahan Penggal 2 akan diadakan pada 10 – 13 Ogos 2009.

3. Pihak sekolah mengharapkan tuan/puan dapat membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran dan memastikan kehadiran mereka pada hari ujian berlangsung beserta alat-alat tulis.

4. Bersama ini dilampirkan jadual Ujian Pertengahan Penggal 2.

5. Semoga kerjasama dari yang diberikan akan menghasilkan kejayaan kepada anak-anak yang dikasihi. Kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairon kathiro.

Sekian, wassalam.

Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………..
(MOHD. FADZIL B. ZAKARIA)
Guru Besar,
SERI Al-Ummah

SK
1.Pengerusi BAKA SERI Al-Ummah
2. Pengerusi Jemaah Pengurusan SERI Al-Ummah
3. Fail Guru Kanan Akademik

Selasa, 21 Julai 2009

Solat Sunat Gerhana


22 Julai – Bersempena dengan gerhana matahari separa yang berlaku pada hari ini, pihak sekolah telah mengadakan solat sunat gerhana. Solat sunat tersebut didirikan pada jam 9.15 minit pagi dan diimamkan oleh Ustaz Amir Solahuddin, sementara khutbah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Bumidin Tahir, beliau menekankan dalam khutbahnya tentang kekuasaan Allah dalam mentadbir dan menjadikan sesuatu di muka bumi ini. Dalam majlis tersebut juga , Ustaz Hairil Othman telah menerangkan secara ringkas bagaimana fenomena gerhana matahari boleh berlaku. Kejadian gerhana kali ini berlaku berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini gerhana penuh hanya berlaku dibebarapa tempat antaranya China dan India.

Ahad, 12 Julai 2009

Makluman Ujian Percubaan

Ujian percubaan untuk pelajar tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) akan diadakan pada 14 – 16 Julai 21-23 Julai. Sementara Ujian percubaan UPSR akan diadakan pada 14-16 Julai.

Guru-guru hadir Seminar dan Muktamar

Ahad, 19 Rejab: Guru-guru SERI telah menghadiri Seminar Memperkasa Bahasa Melayu dalam pendidikan semasa yang dianjurkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Perak. Seminar tersebut berlangsung di Dewan utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri. 2 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI telah membicarakan tajuk, Bahasa Melayu sebagai wadah ilmu dan komunikasi praktik: hakikat, cabaran dan halatuju. Sementara Tuan Hj. Ahmad Mohamad Said, Naib Presiden kanan Kolej Darul Hikmah pula membicarakan tajuk, PPSMI: Isu dan Penyelasaian.
Seminar yang bermula jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.00 tengahari, kehadiran seminar sekitar 150 orang. Sementara itu pada sebelah petang telah berlangsung Muktamar Sanawi ABIM negeri Perak di tempat yang sama. Turut hadir mewakili ABIM pusat ialah Dr. Amran Mohamad selaku Setiausaha Agung Pusat. Muktamar berakhir Kira-kira jam 5.00 petang.

Selasa, 30 Jun 2009



Assalamualaikum.....
Selamat datang ke blog Sekolah Rendah Islam Al-ummah, blog ini merupakan laman sementara pihak sekolah bagi memaparkan aktiviti dan makluman terkini untuk tatapan pengunjung, ia juga merupakan ruang bagi sebarang pandangan dan cadangan dari semua pihak kepada pihak sekolah.