Jumaat, 9 April 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Untuk calon UPSR

9 April 2010 telah berlangsung majlis bacaan yassin untuk calon UPSR. Majlis bacaan ini telah diketuai oleh Ust Mohd Fadzil dengan disertai ibubapa dan calon-calon UPSR. Selepas selesai bacaan Yassin tersebut telah diadakan sedikit tazkirah mengenai kepentingan pengisian kerohanian sebagai persiapan sebelum menduduki UPSR. Tazkirah ini disampaikan oleh Ust Mohd Idris. Solat hajat dilakukan setelah selesai solat Isya'. Kemudian ibubapa menikmati jamuan makan malam yang dibawa oleh ibubapa dan yang disediakan pihak sekolah.







Anak-anak serta para ibu juga tidak ketinggalan menyertai majlis ini.










Menikmati juadah makan malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan