Selasa, 27 April 2010

UJIAN PENGGAL I

Ujian Subjek UPSR Tahun 6, pada 11-14 Mei 2010.
Ujian Subjek Diniah Tahun 6, pada 17-21 Mei 2010.
Ujian Tahun 1 - 5; Untuk subjek Akademik dan Diniah pada 17-21 Mei 2010.

Ujian lisan Siri I, Untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, (Tahun 1 - 5) serta Bahasa Arab (Tahun 5); pada 17 - 21 Mei 2010.

Jumaat, 9 April 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Untuk calon UPSR

9 April 2010 telah berlangsung majlis bacaan yassin untuk calon UPSR. Majlis bacaan ini telah diketuai oleh Ust Mohd Fadzil dengan disertai ibubapa dan calon-calon UPSR. Selepas selesai bacaan Yassin tersebut telah diadakan sedikit tazkirah mengenai kepentingan pengisian kerohanian sebagai persiapan sebelum menduduki UPSR. Tazkirah ini disampaikan oleh Ust Mohd Idris. Solat hajat dilakukan setelah selesai solat Isya'. Kemudian ibubapa menikmati jamuan makan malam yang dibawa oleh ibubapa dan yang disediakan pihak sekolah.







Anak-anak serta para ibu juga tidak ketinggalan menyertai majlis ini.










Menikmati juadah makan malam

Selasa, 6 April 2010

SUKAN TAHUNAN SERI AL UMMAH KALI KE 18




Tanggal 4 April 2010 telah berlangsung Sukan Tahunan SERI Al Ummah kali ke 18 di padang SERI Al Ummah. Sukan Tahunan telah dirasmikan oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) iaitu Ustaz Muhammad Razak Idris. Acara sukan yang berlangsung dengan gilang gemilang ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran ramai ibubapa bagi menyokong penglibatan anak-anak mereka di dalam acara yang di pertandingkan. Johan keseluruhan adalah rumah Ungu diikuti rumah Merah dan tempat ketiga Rumah Biru. Semoga Sukan Tahunan yang akan datang akan lebih meriah, ceria dan berjaya.


Guru Besar , Ust Mohd Fadzil memberi kata perangsang kepada peserta acara tarik tali.




Khamis, 1 April 2010

MOTIVASI

motivasi tahun 6:
2 30 petang 2 April 2010

SUKAN TAHUNAN

Sukan Tahunan akan di adakan pada 5 April 2010 di Padang SERI AL UMMAH. Program ini akan dirasmikan oleh Saudara Muhammad Razak b Idris, Presiden ABIM PUSAT. Acara sukantara diadakan pada 1 April dan acara berpasukan pada 2 dan 3 April. Setakat ini kedudukan Rumah setakat ini ialah Rumah Perang mendahului dikuti Rumah Hijau, Ungu, Merah, Biru dan Jingga.