Ahad, 4 September 2011

Bermaafanlah sesama kita...

Pada hari yang sama, satu lagi majlis diadakan iaitu majlis bermaafan antara guru-guru dan murid. Islam menganjurkan umatnya saling bermaafan bagi menghapuskan kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan sengaja atau tidak sengaja sepanjang persahabatan kita dengan seseorang.

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim SERI Al-Ummah

Pada Jumaat, 26/8/2011 yang lalu yakni sehari sebelum cuti raya bermula, satu majlis sumbangan kepada anak-anak yatim telah diadakan bagi menyampaikan bantuan raya berbentuk baju raya dan juga duit raya. Sumbangan telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Mohd Fadzil bin Zakaria, selaku Guru Besar @ Mudir SERI Al-Ummah.










Gambar sekitar Iftar Ramadhan SERI Al-Ummah


Alhamdulillah, majlis Iftar Ramadhan SERI Al-Ummah telah berjalan dengan selamat. Ramai tetamu yang hadir termasuk wakil dari ABIM Negeri. Tazkirah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamd Tarmizi Abdul Hamid dengan slot pengisian Hari Raya dengan mengurangkan pembaziran dan kepentingan mengutamakan jemaah dan aktiviti Usrah sebagai pemangkin kepada kejayaan sesebuah institusi keluarga dan masyarakat.




Guru lelaki dan kaum bapa

Penyampaian Tazkirah oleh Ustaz Mohamd Tarmizi




Guru-guru wanita dan kaum ibu