Isnin, 24 Mei 2010

Ihtifal Sekolah Agama Rakyat Peringkat Daerah Ipoh

Pada 23 Mei 2010, telah berlangsung Ihtifal Sekolah Agama Rakyat di SAR Al Husna, Taman Pengkalan Jaya. SERI Al Ummah telah terpilih mewakili zon 5 bagi acara Nasyid Perempuan dan Hafazan Lelaki. Hafazan Lelaki sekadar tempat ke-5 manakala Nasyid Perempuan mendapat tempat ke-2. Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya mengharumkan nama sekolah di dalam Ihtifal kali ini.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sempena Hari Guru pada bulan Mei ini, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan Sambutan Hari Guru 2010. Antara aktiviti itu ialah
1, Pada 21 Mei 2010 telah diadakan Jamuan Makan Malam di Restoren Simpang Tiga. Jamuan ini turut dihadiri Pengerusi Jamaah Pengurusan, Pengerusi BAKA, AJK Jemaah Pengurusan, AJK BAKA, Ketua Biro Pendidikan ABIM, Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, guru-guru dan keluaga masing-masing. Semua guru telah menerima sedikit cenderamata dari pihak sekolah tanda penghargaan kepada sumbangan mereka kepada pendidikan anak-anak murid di SERI Al Ummah. Selain daripada itu anugerah khas diberikan kepada guru yang telah lama berkhidmat di SERI Al Ummah.
Jamuan sedang dinikmati.
2, Pada 24 Mei; diadakan acara sukan dan persembahan guru bersama murid. Perlawanan bolasepak dan bola jaring telah diadakan diantara guru dan murid. Selain daripada itu pertandingan boling buah kelapa diantara guru juga diadakan pada sebelah pagi. Di sebelah petang persembahan guru serta murid antaranya persembahan silap mata oleh Ustaz Jaafar dan Cikgu Rohimah, choral speaking, nasyid dan sajak oleh murid-murid.
Ustaz Fadzil menunjukkan kemahirannya dalam pertandingan boling buah kelapa